Friday, November 11, 2011

Parlimen tidak dibubarkan hari ini: Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini, secara berseloroh berkata, spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen pada 11.11.11 tidak akan menjadi kenyataan. 

Perdana Menteri yang mempengerusikan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) memulakan sesi sidang media sebentar tadi bagi meredakan khabar angin itu dengan berkata: "Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan."

Beliau yang juga Pengerusi BN, berkata mesyuarat semalam hanya membincangkan langkah untuk memantapkan parti itu, selain persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi atau mengenai tarikh kemungkinan pilihan raya akan diadakan," katanya di sini, hari ini. 

Turut hadir pada mesyuarat selama kira-kira dua jam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | SharePoint Demo